Topic followed successfully
Go to BHkuUjian amaran kecemasan baru SG Alert bagi pengguna Singtel 10 Mei
Ujian amaran kecemasan baru SG Alert bagi pengguna Singtel 10 Mei
Percepat penyampaian maklumat ketika kecemasan seperti kebakaran besar, bahaya kimia atau keganasan
Ujian amaran kecemasan baru SG Alert bagi pengguna Singtel 10 Mei
Para pengguna rangkaian mudah alih Singtel akan menerima amaran kecemasan besar-besaran terkini di peranti mereka pada tengah hari 10 Mei.
Ujian itu akan muncul sebagai pemberitahuan, SG Alert, disertai nada amaran dan corak getaran unik selama sehingga 10 saat, kata Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) pada 6 Mei.
Amaran itu akan tetap muncul walaupun telefon berada dalam mod ‘jangan ganggu’ atau senyap.
SCDF menasihati orang ramai agar tidak panik.
Ujian awam itu adalah sebahagian fasa pertama pelancaran sistem, SG Alert, kata SCDF.
Sistem itu penting untuk memaklumkan orang ramai dengan cepat semasa kecemasan seperti kebakaran besar, insiden kimia, atau keganasan, sekali gus membolehkan mereka bertindak segera untuk melindungi diri.
Pelancaran sistem itu adalah hasil kerjasama Agensi Sains dan Teknologi Home Team (HTX), Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) dan Singtel.
Semasa ujian pada 10 Mei, pengguna Singtel, termasuk pelawat asing yang menggunakan pelan eSIM data sahaja, akan menerima amaran itu tanpa memerlukan sambungan Internet.
Rangkaian GOMO, VIVIFI, Zero1 dan ZYM Mobile juga termasuk.
Amaran mungkin muncul sebagai ‘Presidential alert’ dan bukannya ‘SG Alert’ pada model telefon lama kerana isu kesesuaian.
Amaran akan dihantar secara langsung dalam bahasa Inggeris, serta Mandarin, Melayu, atau Tamil, mengikut tetapan bahasa pilihan pengguna.
Pengguna tidak perlu memuat turun aplikasi atau mendaftar akaun untuk menerima SG Alert.
Bagaimanapun, SCDF menasihati pengguna agar mengemas kini peranti mereka dengan sistem pengendalian terkini.
SG Alert disokong pada telefon dengan Apple iOS 26.4 atau lebih baru, atau Android OS 12 dan ke atas, dengan kemas kini sistem Google Play terkini mulai 1 Februari dan selanjutnya.
Amaran itu akan dilancarkan ke rangkaian StarHub menjelang akhir 2026, diikuti M1 dan SIMBA menjelang pertengahan 2027.
Untuk maklumat lanjut tentang SG Alert, sila layari laman web, go.gov.sg/sgalert
