Sambutan ulang tahun ke-70 Berita Harian (BH70) merupakan peluang keemasan buat BH untuk menyumbang kembali kepada masyarakat di samping memupuk generasi pelapis yang berbakat, kata Editor BH, Encik Nazry Mokhtar.

Beliau berkata demikian semasa ucapannya di pelancaran Kem Bola Sepak BH-Singa Legends pada 24 November di Our Tampines Hub (OTH), bersempena sambutan tujuh dekad akhbar itu pada 2027.

Kem selama dua hari hingga 25 November itu menghimpunkan seramai 140 kanak-kanak bersama 23 legenda bola sepak negara.

Encik Nazry berkata kem tersebut memberi peluang kepada peserta untuk mencedok pengalaman serta menyerap semangat juang bekas pemain kebangsaan dalam membentuk diri mereka menjadi wira bola sepak tanah air suatu hari nanti.

Selain itu, beliau turut menekankan tujuan bermakna acara tersebut dengan keseluruhan hasil kutipan akan disalurkan kepada Dermasiswa BH-AMP bagi membantu pelajar kurang berkemampuan dalam bidang media, komunikasi dan pengajian Melayu.

Pengerusi Singa Legends, Encik Farehan Hussein (kanan) menyerahkan cek Dermasiswa Berita Harian (BH)-AMP kepada (dari kiri) Editor BH, Encik Nazry Mokhtar; dan Pengarah Eksekutif, AMP Singapura, Encik Mohksin Rashid, di pelancaran Kem Bola Sepak BH-Singa Legends pada 24 November di Our Tampines Hub (OTH).
Pengerusi Singa Legends, Encik Farehan Hussein (kanan) menyerahkan cek Dermasiswa Berita Harian (BH)-AMP kepada (dari kiri) Editor BH, Encik Nazry Mokhtar; dan Pengarah Eksekutif, AMP Singapura, Encik Mohksin Rashid, di pelancaran Kem Bola Sepak BH-Singa Legends pada 24 November di Our Tampines Hub (OTH). - Foto BH oleh ADAM MIFZAL FAIZAL
Seramai 140 kanak-kanak menyertai Kem Bola Sepak BH-Singa Legends pada 24 November di Our Tampines Hub (OTH).
Seramai 140 kanak-kanak menyertai Kem Bola Sepak BH-Singa Legends pada 24 November di Our Tampines Hub (OTH). - Foto BH oleh ADAM MIFZAL FAIZAL

Berucap di hadapan kanak-kanak dan ibu bapa mereka, Encik Nazry berkata:

“Saya berharap anda dapat membawa pulang nilai-nilai murni yang diajar melalui bola sepak iaitu kerja keras, disiplin dan semangat berpasukan.

“Sifat ini akan memberi manfaat besar kepada anda, sama ada di padang bola sepak, di sekolah mahupun dalam kehidupan pada masa hadapan.

Lihat berita utama daripada semua kategori di satu tempat.

“Bagi saya, itulah inti pati sebenar sambutan ulang tahun ke-70 Berita Harian – meraikan sejarah silam kita, menyumbang kembali kepada masyarakat, dan melabur demi generasi pelapis.”

Kerjasama BH dengan Singa Legends merupakan sebahagian usaha akhbar itu untuk mendekati masyarakat melalui kegiatan yang memberi manfaat, khususnya kepada generasi muda, sempena sambutan BH70 yang bertemakan ‘Kisah Kita’ pada 1 Julai 2027.

Ia turut dihadiri Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Kedua Pendidikan, Encik David Neo; Pengarah Urusan SPH Media, Encik Kuek Yu Chang; Pengarah Eksekutif, AMP Singapura, Encik Mohksin Rashid; dan Pengerusi Singa Legends, Encik Farehan Hussein.

Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Kedua Pendidikan, Encik David Neo (dua dari kiri) meniup wisel permulaan bagi Kem Bola Sepak BH-Singa Legends pada 24 November di Our Tampines Hub (OTH).
Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Kedua Pendidikan, Encik David Neo (dua dari kiri) meniup wisel permulaan bagi Kem Bola Sepak BH-Singa Legends pada 24 November di Our Tampines Hub (OTH). - Foto BH oleh ADAM MIFZAL FAIZAL
Seramai 140 kanak-kanak menyertai Kem Bola Sepak BH-Singa Legends pada 24 November di Our Tampines Hub (OTH).
Seramai 140 kanak-kanak menyertai Kem Bola Sepak BH-Singa Legends pada 24 November di Our Tampines Hub (OTH). - Foto BH oleh ADAM MIFZAL FAIZAL

Kem bola sepak tersebut bukan sahaja bertujuan mencungkil bakat muda.

Malah, ia memberi peluang kepada kanak-kanak daripada keluarga kurang berkemampuan menyertai kegiatan sukan, dengan 45 tempat dikhaskan bagi kanak-kanak sedemikian.

Ini termasuk daripada Jamiyah, Pertapis, Darul Ihsan, serta Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) North East.

Terbuka kepada kanak-kanak berusia antara tujuh hingga 13 tahun, kem tersebut menawarkan peluang kepada peserta mempelajari kemahiran bola sepak secara langsung daripada barisan legenda bola sepak Singapura.

Antaranya ialah Fandi Ahmad, Abbas Saad, Samad Allapitchay, Abdullah Noor, Noor Ali, Nazri Nasir, Rafi Ali, dan Baihakki Khaizan.

Antara legenda bola sepak negara yang menyertai kem Bola Sepak BH-Singa Legends pada 24 November di Our Tampines Hub (OTH) ialah (dari kiri) Nazri Nasir, Abbas Saad dan Baihakki Khaizan.
Antara legenda bola sepak negara yang menyertai kem Bola Sepak BH-Singa Legends pada 24 November di Our Tampines Hub (OTH) ialah (dari kiri) Nazri Nasir, Abbas Saad dan Baihakki Khaizan. - Foto BH oleh ADAM MIFZAL FAIZAL
Kem Bola Sepak BH-Singa Legends terbuka kepada kanak-kanak berusia antara tujuh hingga 13 tahun.
Kem Bola Sepak BH-Singa Legends terbuka kepada kanak-kanak berusia antara tujuh hingga 13 tahun. - Foto BH oleh ADAM MIFZAL FAIZAL

Mengulas lanjut, Encik Nazry berkata barisan legenda itu telah menghadiahkan pelbagai kenangan manis, mengharumkan nama Singapura serta menyatukan masyarakat berbilang latar belakang.

Kini, menerusi kem tersebut pula, mereka berkongsi pengalaman dan kemahiran pula dengan generasi muda, kata Encik Nazry.

“Saya pasti ramai anak muda di sini teruja untuk bertemu dengan wira bola sepak kita hari ini. Kami amat berterima kasih atas sumbangan dan komitmen legenda ini.

“Kesudian mereka untuk berbakti semula mengingatkan kita bahawa bola sepak lebih daripada sekadar sukan, ia menyatukan insan merentasi generasi dan latar belakang,” ujarnya.

Fandi Ahmad (tengah) menyampaikan pengalamannya kepada ibu bapa di forum Kem Bola Sepak BH-Singa Legends pada 24 November di Our Tampines Hub (OTH). Beliau ditemani Abbas Saad (kiri) dan Samad Allapitchay.
Fandi Ahmad (tengah) menyampaikan pengalamannya kepada ibu bapa di forum Kem Bola Sepak BH-Singa Legends pada 24 November di Our Tampines Hub (OTH). Beliau ditemani Abbas Saad (kiri) dan Samad Allapitchay. - Foto BH oleh ADAM MIFZAL FAIZAL
Legenda bola sepak negara, Othman Abdullah, sedang melaksanakan latihan bersama peserta di kem Bola Sepak BH-Singa Legends pada 24 November di Our Tampines Hub (OTH).
Legenda bola sepak negara, Othman Abdullah, sedang melaksanakan latihan bersama peserta di kem Bola Sepak BH-Singa Legends pada 24 November di Our Tampines Hub (OTH). - Foto BH oleh ADAM MIFZAL FAIZAL

Menurutnya, klinik tersebut bukan sekadar tentang bola sepak semata-mata, tetapi untuk memberi inspirasi kepada kanak-kanak.

“Klinik hari ini juga mengenai disiplin, semangat berpasukan, ketabahan serta keyakinan terhadap diri sendiri.

“Barisan Singa Legends kita sendiri pun bermula dari langkah pertama.

“Maka, berimpianlah setinggi langit, kerja keras, dan siapa tahu – suatu hari nanti anda (peserta kem bola sepak) akan menjadi seorang legenda dalam bidang pilihan anda,” katanya.

Hari pertama kem Bola Sepak BH-Singa Legends pada 24 November menghimpunkan seramai 140 kanak-kanak bersama 23 legenda bola sepak negara.
Hari pertama kem Bola Sepak BH-Singa Legends pada 24 November menghimpunkan seramai 140 kanak-kanak bersama 23 legenda bola sepak negara. - Foto BH oleh ADAM MIFZAL FAIZAL
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Laporan berkaitan
Kem Bola Sepak BH-Singa LegendsNov 6, 2026 | 9:14 AM