Topik diikuti
Pergi ke BHkuMata memerang liar cedera akibat perbuatan memancing terlarang
Premium
Mata memerang liar cedera akibat perbuatan memancing terlarang
Apr 5, 2016 | 5:30 AM
Mata memerang liar cedera akibat perbuatan memancing terlarang
MENAHAN SAKIT: Seekor memerang dalam keadaan kesakitan, dengan memerang lain dilihat cuba mengeluarkan tali pancing yang tersangkut dekat mata kanannya itu. - Foto FACEBOOK YANE KANG -
SEEKOR memerang liar daripada keluarga memerang yang terkenal di Taman Bishan-Ang Mo Kio dan dikenali sebagai Bishan 10 didapati cedera akibat mata kail dalam satu kejadian memancing terlarang baru-baru ini.
Satu pos Facebook oleh pengguna yang menamakan dirinya Fast Snail kelmarin menunjukkan seekor memerang dalam keadaan kesakitan, dengan memerang lain dilihat cuba mengeluarkan tali pancing yang tersangkut dekat mata kanannya itu.
