Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Matlamat S'pura lengkapi pekerja dewasa dengan kemahiran baru: Chun Sing

Sep 28, 2022 | 5:30 AM
REBUT PELUANG: Encik Chan Chun Sing (kiri) bergambar bersama pengerusi BCG bagi rantau Asia-Pasifik, Encik Neeraj Aggarwal (dua dari kiri), serta hadirin lain pada majlis pelancaran program Rise For Business dan Rise 2.0. - Foto BOSTON CONSULTING GROUP
REBUT PELUANG: Encik Chan Chun Sing (kiri) bergambar bersama pengerusi BCG bagi rantau Asia-Pasifik, Encik Neeraj Aggarwal (dua dari kiri), serta hadirin lain pada majlis pelancaran program Rise For Business dan Rise 2.0. - Foto BOSTON CONSULTING GROUP -

MATLAMAT Singapura kini bukan lagi sekadar menumpukan pada usaha memperkukuh sistem pendidikan asasnya untuk menghasilkan 30,000 hingga 40,000 lulusan yang bermutu setiap tahun.

Sebaliknya, Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, berkata cabaran negara kini adalah melengkapi hingga ratusan ribu orang dewasa dalam pasaran pekerjaan setiap tahun dengan kemahiran baru.

"Sekiranya perusahaan tidak menjalani transformasi, pekerja tidak akan rasa terdorong untuk meraih kemahiran baru.

"Mereka tahu mereka tidak akan mendapat pekerjaan lebih baik atau lebih bermakna walaupun setelah mereka meraih kemahiran baru.

"Sebab itulah transformasi perusahaan dan tenaga kerja harus dijalankan bersama," ujarnya.

Encik Chan berkata demikian semasa melancarkan dua program baru Boston Consulting Group (BCG) dan SkillsFuture Singapura (SSG) sebagai sebahagian program Peningkatan Kemahiran Pesat dan Mendalam (Rise), yang merupakan sebuah inisiatif membangunkan keupayaan dan kemahiran digital, di pejabat BCG di CapitaSky semalam.

Pelancaran program itu turut menandakan pelantikan BCG sebagai syarikat Queen Bee SkillsFuture.

Queen Bee merujuk kepada syarikat pemimpin industri yang boleh menarik dan mempengaruhi syarikat lain untuk mempertingkat usaha pembangunan kemahiran dan membantu memperluas pendekatan gerakan SkillsFuture.

Dua program baru yang dilancarkan itu ialah Rise For Business yang bertujuan membolehkan syarikat kecil dan sederhana (SME) merebut peluang digital serta Rise 2.0 yang menawarkan lebih fleksibiliti bagi golongan karyawan meraih kemahiran baru atau meningkatkan kemahiran.

Menggariskan antara cabaran yang dihadapi Singapura sedang negara ini berusaha menyampaikan inovasi dan transformasi secara meluas dan dengan pantas, Encik Chan berkata sementara individu mungkin beraspirasi meningkatkan kemahiran dan meraih kemahiran baru sepanjang kerjaya mereka, adalah sukar bagi individu untuk bersatu melakukan demikian.

Sementara syarikat yang lebih besar juga lebih berupaya melakukan demikian, SME tidak memiliki sumber yang sama.

"Bagaimana boleh kita menghubungkan mereka dengan satu sama lain supaya mereka tidak perlu merombak apa yang telah sedia ada dan berkembang lebih cepat serta meluas?

"Sedang kita berusaha berkembang dengan meluas dan pantas, bagaimana boleh kita belajar daripada (bakat) terbaik dari seluruh dunia supaya kita tidak perlu mengulangi kesilapan pihak lain dan membina lagi pengalaman orang lain?" ujarnya sambil menambah, atas sebab itulah program Rise For Business dan Rise 2.0 penting.

Dengan pengalaman luas dan rangkaian bakat BCG di serata dunia, Encik Chan berkata beliau berharap tenaga kerja dan perusahaan setempat boleh turut meraih manfaat daripadanya.

Dan dengan cara itulah Singapura boleh mempercepat kepesatan perkembangan di Singapura, tambahnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg