Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mayat ditemui di Sungai S'pura

Apr 13, 2017 | 3:13 PM
PENEMUAN MAYAT: Anggota polis mengangkat sekujur mayat yang ditemui di Sungai Singapura pagi tadi. - Foto THE STRAITS TIMES
PENEMUAN MAYAT: Anggota polis mengangkat sekujur mayat yang ditemui di Sungai Singapura pagi tadi. - Foto THE STRAITS TIMES -

SEKUJUR mayat telah ditemui di Sungai Singapura pagi tadi.

Menurut polis, mereka dimaklumkan tentang penemuan itu kira-kira 8 pagi tadi.

Dipercayai, seorang pekerja pembersih yang bertugas di kawasan itu menemui mayat tersebut.

Mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh paramedik yang tiba di tempat kejadian.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata, para anggotanya telah menarik keluar mayat itu, yang dipercayai seorang lelaki Cina dalam lingkungan 60an tahun.

Hadangan telah dibuat di Esplanade Park bagi membolehkan pihak polis mencari bukti dan melakukan siasatan rapi.

Encik Moses Arumugam, seorang pemandu bas pelancong, melihat sebuah bas forensik dan kereta polis di Connaught Drive, ketika beliau berada di situ sekitar 10 pagi.

Menurut Encik Arumugam, beliau ternampak sebuah khemah biru dekat gigi air.

Mayat itu bagaimanapun telah ditarik keluar dari sungai.

Dua pengemudi bot dilihat sedang disoal polis, katanya.

Siasatan sedang berjalan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg