SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Mayat mendiang S R Nathan tiba di rumah keluarga

Mayat mendiang S R Nathan tiba di rumah keluarga

Aug 23, 2016 | 12:21 PM

Mayat mendiang S R Nathan tiba di rumah keluarga

Kereta jenazah yang membawa mayat mendianf Encik S R Nathan tiba di rumah keluarga beliau di Ceylon Road pada kira-kira 10.30 pagi Selasa (23 Ogos).
Kereta jenazah yang membawa mayat mendianf Encik S R Nathan tiba di rumah keluarga beliau di Ceylon Road pada kira-kira 10.30 pagi Selasa (23 Ogos). - GAMBAR THE STRAITS TIMES

LAPAN pengusung bergerak perlahan-lahan dengan penuh takzim mengusung keranda mendiang mantan presiden Singapura yang paling lama berkhidmat, Encik S R Nathan, masuk ke dalam rumah keluarganya pada pagi Selasa (23 Ogos)

Kereta jenazah yang membawa mayat mendiang tiba di rumah di Ceylon Road itu dari Hospital Besar Singapura pada kira-kira 10.45 pagi.

Mendiang meninggal dunia di hospital pada Isnin malam pada usia 92 tahun.

Mayat mendiang akan berada di rumah bagi upacara penjagaan mayat peribadi buat keluarga hingga Rabu, sebelum diletak di Bangunan Parlimen bagi perkabungan negara mulai 10 pagi Khamis.

Antara yang memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di rumah beliau ialah Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Pengebumian negara mendiang akan diadakan pada 4 petang Jumaat di Pusat Kebudayaan Universiti, disusuli upacara pembakaran mayat privet di Krematorium Mandai.

Sementara itu, papan takziah telah disediakan di Istana bagi orang ramai menulis penghargaan mereka buat mendiang.

Buku takziah juga akan disediakan di semua Misi Luar Negara bagi warga Singapura dan rakan-rakan di luar negara.

Mendiang Encik Nathan berkhidmat dengan cemerlang dalam perkhidmatan awam sebelum menjadi Presiden dari 1999 hingga 2011.

Beliau meninggalkan isterinya, Cik Urmila Nathan, anak perempuan Juthika Ramanathan, anak lelaki Osith, dan tiga cucu.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg