Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mayat wanita 60 tahun ditemui di Sungai Kallang

Nov 21, 2016 | 9:57 AM
Pegawai polis dan sebuah khemah biru dilihat dekat Sungai Kallang, tempat mayat seorang wanita berusia 60 tahun itu ditemui.
Pegawai polis dan sebuah khemah biru dilihat dekat Sungai Kallang, tempat mayat seorang wanita berusia 60 tahun itu ditemui. - GAMBAR THE STRAITS TIMES

MAYAT seorang wanita berusia 60 tahun ditemui di Sungai Kallang pada pagi Isnin (21 Nov).

Seorang awam, yang enggan dikenali, berkata beliau melihat sekujur badan terapung di dalam air semasa bersiar-siar berhampiran Blok 38A, Bendemeer Road.

Jurucakap Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia dimaklumkan pada 7.11 pagi, dan menghantar sebuah kereta bomba serta ambulans.

Wanita itu, yang memakai kemeja kotak-kotak berwarna merah, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pegawai polis dilihat memeriksa mayat itu, yang kelihatan bengkak sedikit, pada kira-kira 9.20 pagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg