Mayor baru CDC South East mahu tumpu juga pada isu kesihatan mental, pererat ikatan masyarakat
Premium
Mayor baru CDC South East mahu tumpu juga pada isu kesihatan mental, pererat ikatan masyarakat
Fahmi Aliman garis tumpuan termasuk bantu penduduk raih kemahiran dan pekerjaan baru
Sep 24, 2020 | 5:30 AM
WUJUD SINERGI: Menurut Encik Fahmi (atas), terdapat banyak sinergi antara peranannya sebagai mayor CDC South East dengan tugas memimpin M3@Geylang Serai kerana ia membolehkannya menghubungkan penduduk dengan lebih banyak sumber dan daya usaha baik di peringkat masyarakat mahupun di peringkat nasional. - Foto BH oleh ALPHONSUS CHERN -
SEMENTARA usaha menghubungkan penduduk dengan pekerjaan adalah penting lebih-lebih lagi dalam keadaan pandemik Covid-19 sekarang, Encik Mohd Fahmi Aliman yang baru dilantik sebagai mayor juga ingin memberi tumpuan kepada isu kesihatan mental dan usaha mengeratkan hubungan antara agama di kalangan penduduk.
Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East itu juga ingin terus membina usaha baik yang dijalankan mayor CDC itu sebelum ini, iaitu Dr Mohamad Maliki Osman.

