BUAT julung-julung kalinya, M³@Tampines bersama Kesatuan Guru Melayu Singapura (KGMS) dan Mendaki telah menganjurkan Seminar Keibubapaan di Kelab Masyarakat Tampines West.

Seminar percuma itu bertujuan melengkapkan ibu bapa serta keluarga di rumah dengan cara mudah menerapkan penggunaan bahasa Melayu, persediaan awal prasekolah ke sekolah rendah dan sebagainya.