Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

McDonald's: Tiada serangga perosak ditemui di cawangan West Coast Park

Jul 26, 2016 | 5:32 PM
DAKWAAN PELANGGAN: Gambar menunjukkan sejumlah ulat berwarna putih dalam satu pakej sandwic Filet-O-Fish. - Foto FACEBOOK/ANGELA QIQI
DAKWAAN PELANGGAN: Gambar menunjukkan sejumlah ulat berwarna putih dalam satu pakej sandwic Filet-O-Fish. - Foto FACEBOOK/ANGELA QIQI -

RESTORAN makanan segera popular, McDonald's hari ini menyatakan ia "tidak menemui sebarang bukti adanya serangga perosak" di cawangannya di West Coast Park, selepas seorang pelanggan mendakwa menemui sejumlah ulat dalam bungkusan makanannya.

Dalam kenyataannya di akaun Facebook peribadi beliau, seorang pengguna yang mengenalkan dirinya sebagai 'Angela Qiqi' pada Sabtu lalu (23 Julai) telah mengongsi video dan gambar yang menunjukkan sejumlah ulat berwarna putih dalam pakej sandwic 'Filet-O-Fish' yang beliau pesan.

Ulat itu kelihatan masih hidup.

Selepas melaporkan kejadian itu kepada kakitangan McDonald's, Cik Qiqi mendakwa kakitangan restoran itu "tidak sekalipun meminta maaf". dan mengambil kembali pakej makanannya dan menawarkan untuk mengembalikan wang untuk menyelesaikan masalah itu.

Dalam kenyataannya yang ditukil akhbar The Straits Times, McDonald's berkata, pihaknya telah mendapatkan khidmat dua syarikat pengawal serangga untuk memeriksa restoran, dan mereka mendapati tiada bukti serangga ada di restoran berkenaan.

Menurut McDonald's, pihaknya telah menghubungi Cik Qiqi semasa siasatan dalaman dijalankan.

Pengarah Operasi McDonald's, Cik Patricia Yong, berkata:

"Pemeriksaan ini dilakukan melebihi pemeriksaan dan penyenggaraan luaran bagi kawalan serangga yang kami lakukan.

"Malah, pembekal bahan bungkusan juga telah menjalankan siasatan mereka sendiri dan juga mengesahkan bahawa kemungkinan serangga dapat membiak dalam bungkusan adalah mustahil kerana proses penghasilan dan penyimpanan melibatkan pembungkusan secara rata dan suhunya adalah antara 48 hingga 350 darjah selsius."

Melihat kepada suku yang tinggi bila makanan disiapkan, adalah mustahil untuk telur serangga dapat hidup sewaktu proses memasak.

"Dengan maklumat yang ada, kami tidak mempunyai bukti kukuh untuk mengesahkan punca kehadiran serangga itu," ujar Cik Yong.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg