Topik diikuti
Pergi ke BHkuMCI, Mediacorp kerjasama terbit program khas sempena Raya
Premium
MCI, Mediacorp kerjasama terbit program khas sempena Raya
Radio Warna juga tambah tempoh rancangan agama hingga masjid dibuka semula
May 22, 2020 | 5:30 AM
MCI, Mediacorp kerjasama terbit program khas sempena Raya

-
DEMI menyatukan negara untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama dengan masyarakat Melayu/Islam di sini, Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) akan bekerjasama dengan Mediacorp untuk menghasilkan satu program khas pada malam Hari Raya.
Program tersebut yang akan ditayangkan di kedua-dua saluran 5 dan Suria pada Sabtu ini turut akan mengetengahkan ucapan khas Hari Raya daripada Presiden Halimah Yacob, Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.
