Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MCI, PDC lancar konsultasi awam dalam talian bagi pertingkat perlindungan data peribadi

May 14, 2020 | 2:00 PM
FAEDAH BERSAMA: Pindaan ke atas Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) dan yang berkaitan pindaan kepada Akta Kawalan Spam (SCA) bertujuan untuk mengukuhkan kepercayaan masyarakat, meningkatkan daya saing perniagaan, dan memberikan kebertanggungjawaban lebih besar kepada organisasi dan jaminan kepada pengguna, untuk menyokong Ekonomi Digital Singapura.
FAEDAH BERSAMA: Pindaan ke atas Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) dan yang berkaitan pindaan kepada Akta Kawalan Spam (SCA) bertujuan untuk mengukuhkan kepercayaan masyarakat, meningkatkan daya saing perniagaan, dan memberikan kebertanggungjawaban lebih besar kepada organisasi dan jaminan kepada pengguna, untuk menyokong Ekonomi Digital Singapura. - - Foto: FAIL

KEMENTERIAN Perhubungan dan Penerangan (MCI) serta Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi (PDPC) hari ini melancarkan konsultasi awam secara dalam talian berkenaan cadangan pindaan ke atas Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) dan yang berkaitan pindaan kepada Akta Kawalan Spam (SCA).

Pindaan yang dicadangkan ini bertujuan untuk mengukuhkan kepercayaan masyarakat, meningkatkan daya saing perniagaan, dan memberikan kebertanggungjawaban lebih besar kepada organisasi dan jaminan kepada pengguna, untuk menyokong Ekonomi Digital Singapura.

Ini adalah tinjauan menyeluruh pertama sejak termaktub PDPA pada 2012 demi memastikan ia terus mengikuti kemajuan teknologi, model perniagaan baru dan perkembangan global dalam perundangan perlindungan data.

Pindaan utama yang dicadangkan termasuk pengenalan syarat pemberitahuan pelanggaran wajib, peningkatan pada kerangka kerja untuk pengumpulan, penggunaan dan pendedahan data peribadi, dan pengukuhan kuasa penguatkuasaan PDPC.

Mereka juga menyertakan cadangan dari Jawatankuasa Semakan Keselamatan Data Sektor Awam untuk memastikan kebertanggungjawaban pihak ketiga menangani data peribadi pemerintah dan memperkenalkan kesalahan bagi ketidakcepakan dalam pengurusan data peribadi.

MCI dan PDPC telah mengadakan tiga perundingan awam mengenai cadangan dasar utama antara 2017 dan 2019, dan telah mempertimbangkan maklum balas yang diterima untuk cadangan tersebut bagi pindaan PDPA dan SCA.

Konsultasi awam ini meminta maklum balas mengenai draf Rang Undang-Undang Perlindungan Data Peribadi (Pindaan), yang meliputi pindaan ke atas SCA.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg