MDDI lancar video Raya, tekankan nilai kekeluargaan, bukan hanya ‘sibuk’ depan skrin

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MDDI lancar video Raya, tekankan nilai kekeluargaan, bukan hanya ‘sibuk’ depan skrin

Mar 14, 2026 | 5:36 PM

MDDI lancar video Raya, tekankan nilai kekeluargaan, bukan hanya ‘sibuk’ depan skrin

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Foto YOUTUBE/GOV.SG
Video Hari Raya yang dilancarkan MDDI menampilkan pelakon Nur Sabrina Nasir. - Foto YOUTUBE/GOV.SG

Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI) telah melancarkan video sempena Hari Raya Aidilfitri yang menekankan peri penting menghargai hubungan kekeluargaan dalam era digital sekarang.

Diterbitkan dengan kerjasama agensi DSTNCT, video bertajuk Kisah Musim Raya itu menampilkan pelakon Nur Sabrina Nasir sebagai Aisyah, seorang gadis yang terlalu taksub dengan telefon pintar dan media sosial sehingga mencetuskan kekacauan sewaktu keluarganya sedang sibuk membuat persiapan raya.

Watak ibu bapa Aisyah pula dijayakan oleh pelakon Siti Hajar dan Izzat Yusoff.

Video tersebut dilengkapkan dengan muzik yang digubah dan dipersembahkan oleh kumpulan muzik tempatan, The Pinholes.

Lagu tersebut digubah khas untuk video tersebut dengan menyuntik tema kebersamaan, tradisi turun-temurun serta menghargai detik-detik bermakna dengan keluarga sepanjang sambutan Hari Raya.

Melalui lagu dan pengalaman Aisyah, video Hari Raya tersebut diharap mencerminkan maksud sebenar sambutan musim perayaan, kata Pengarah Kempen dan Produksi MDDI, Encik Aaron Lye.

“Detik-detik yang bermakna bukan sekadar apa yang kita rakam di media sosial, tetapi apa yang kita raikan bersama melalui tradisi yang dikongsi,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Perniagaan dan Rakan Kongsi DSTNCT, Cik Chloe Lim, menambah bahawa filem ini bertujuan menghubungkan warga Singapura sambil meraikan keunikan tradisi setiap masyarakat.

“Idea di sebalik Kisah Musim Raya adalah sesuatu yang dekat dengan kita semua; iaitu betapa mudahnya untuk kita berada di depan mata tetapi tidak benar-benar ‘hadir’ secara emosi,” katanya.

Video tersebut boleh ditonton di laman dan saluran media sosial gov.sg mulai 13 Mac.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg