Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Medifund agih lebih $164j kepada warga S'pura kurang mampu biaya bil perubatan

Nov 30, 2022 | 6:58 PM
MOH berkata kenaikan dalam bantuan kebanyakannya disebabkan angka pesakit yang bertambah di institusi kesihatan awam.
MOH berkata kenaikan dalam bantuan kebanyakannya disebabkan angka pesakit yang bertambah di institusi kesihatan awam. - Foto: ST

DANA endowmen Perubatan (MediFund) telah mengagih lebih $164 juta kepada warga tempatan yang memerlukan untuk membiayai bil perubatan mereka antara April tahun lalu dengan Mac 2022.

Jumlah itu merupakan peningkatan sebanyak $7.2 juta daripada $156.9 juta pada tahun kewangan (FY) sebelumnya.

Lebih 1.2 juta pemohon berjaya mendapatkan pembiayaan oleh MediFund, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan media hari ini. (30 November)

MediFund merupakan sebuah dana endowmen yang bermatlamat membantu golongan pesakit Singapura kurang mampu yang tidak berupaya membiayai bil perubatan mereka selepas menerima subsidi oleh pemerintah, ansurans dan potongan oleh MediSave.

MOH berkata kenaikan dari segi wang yang diberi bagi membantu golongan tersebut secara dasarnya disebabkan bilangan lebih tinggi pesakit yang pergi ke institut kesihatan setempat sesudah kelonggaran langkah pengurusan selamat Covid-19.

Terdapat juga kenaikan 7.4 peratus dari segi pemohon yang berjaya mendapatkan bantuan kewangan MediFund daripada 1.15 juta pada FY2020 kepada 1.24 juta pada 2021.

Kebanyakan bantuan kewangan itu diberi kepada pesakit di institut kesihatan awam, merangkumi sebanyak $128.6 juta daripada jumlah keseluruhan yang ditawar. Ini satu peningkatan daripada $120.3 juta pada FY2020.

Baki $35.5 juta diberi kepada pesakit yang menerima jagaan di kemudahan jagaan lanjut dan jangka panjang. Ini pula satu kemerosotan daripada $36.6 juta pada tahun kewangan tahun lalu.

MOH berkata jumlah bantuan kewangan menerusi MediFund ditawar secara purata adalah $912 bagi setiap rawatan dalam hospital dan $95 bagi setiap rawatan luar hospital.

Dana MediFund ditubuhkan pada 1993, manakala dana MediFund Silver dan MediFund Junior - bagi membantu golongan warga emas dan kanak-kanak kecil masing-masing - diperkenal pada 2007 dan 2013 untuk menawarkan bantuan lebih khusus bagi golongan tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg