Mejar RSAF mahu latih juruterbang pelapis yang berkeyakinan
Premium
Mejar RSAF mahu latih juruterbang pelapis yang berkeyakinan
Seramai 647 kakitangan dari Ibu Pejabat Kementerian Pertahanan (Mindef), Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) dan Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) telahpun dinaikkan pangkat baru-baru. Mereka diraikan dalam satu majlis yang diadakan pada skala lebih kecil di Mindef, pada 26 Jun lalu. BERITA HARIAN menemu bual dua pegawai Melayu yang dinaikkan pangkat baru-baru ini untuk mengetahui pengalaman.
Jul 13, 2020 | 5:30 AM
IMPIAN SEJAK KECIL: Juruterbang RSAF, Mejar Muhammad Azlan bersama helikopter Super Puma. - Foto MINDEF -
BERTEKAD memimpin serta melatih juruterbang angkatan udara yang berkeyakinan bagi memenuhi keperluan Singapura.
Ini antara matlamat Mejar Muhammad Azlan Abdul Latiff, 35 tahun, juruterbang helikopter Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) dari Skuadron 126, dengan kenaikan pangkatnya baru-baru ini.


