Mekar di tiga lokasi buat kali pertama
Pesta Taman Singapura kelapan - yang kali pertama berlangsung di tiga lokasi - dibuka kepada orang ramai Sabtu lalu, selepas empat tahun terhenti akibat pandemik Covid-19.
Pelbagai paparan dan pameran tersedia di dua lokasi baru sepanjang Orchard Road - pusat beli-belah Ion Orchard dan Ngee Ann City.
Dua pemasangan besar dan enam taman pertunjukan telah menarik ramai pengunjung ke situ.
Lokasi ketiga, Kebun Bunga Singapura, menampilkan pameran lebih 500 jenis orkid dari seluruh dunia yang disertakan dalam pertandingan yang dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Orkid Asia Tenggara (OSSEA).
Lima pameran taman juga direka oleh 40 kumpulan masyarakat pekebun tempatan bagi Piala Pekebun Singapura. Buat kali pertama, pertandingan ini diadili oleh panel antarabangsa yang terdiri daripada pereka landskap dari Perancis, Malaysia dan Amerika Syarikat.
Perayaan dwitahunan anjuran Lembaga Taman Negara (NParks) itu dibuka secara percuma.

