Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Melayu/Islam S'pura kumpul lebih $200,000 bagi mangsa tsunami Selat Sunda 2018

Feb 16, 2019 | 2:34 PM
APABILA BENCANA MELANDA: Tsunami di Selat Sunda Disember lalu meragut lebih 400 nyawa.
APABILA BENCANA MELANDA: Tsunami di Selat Sunda Disember lalu meragut lebih 400 nyawa. - RLAF

MASYARAKAT Melayu / Islam di Singapura telah mengumpulkan dana $244,146 untuk membantu mangsa tsunami Selat Sunda di Indonesia.

Wang itu dikumpulkan menerusi tabung derma yang diletakkan di semua 70 masjid di Singapura selama 10 hari bulan lalu dan derma $20,00 daripada Darul Arqam Singapura. Ia juga termasuk derma di dalam talian yang diterima Yayasan Rahmatan Lil Alamin.

Lebih 400 nyawa terkorban dan lebih 33,000 orang menjadi pelarian akibat kerosakan yang disebabkan tsunami Selat Sunda pada 22 Disember lalu. Ia dicetus letusan gunung berapi Anak Krakatau.

Dalam kenyataannya, RLAF berkata ia telah menyerahkan cek bagi derma itu kepada Mercy Relief, yang bertindak sebagai agensi rakan kongsi bagi projek ini.

Mercy Relief, kata RLAF, baru sahaja melengkapkan fasa pertama bantuan bagi 2,000 benefisiari. Ia merangkumi pengagihan air dan makanan, tilam dan selimut serta keperluan bayi dan wanita hamil.

"Dalam bulan-bulan akan datang, Mercy Relief akan memulakan projek respons selepas bencana, yang bertujuan memenuhi keperluan mangsa yang berubah. Ini termasuk memberi pendidikan tentang air dan kebersihan, serta inisiatif pendidikan lain," kata RLAF.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg