Premium
Membina jambatan kasih antara warga tua dengan muda
Mar 25, 2018 | 5:30 AM

AKTIF ISI MASA TERLUANG: Selain mengikuti kursus dan program seperti ILP, Cik Haslina rajin menghadiri kelas joget seperti salsa dan Zumba dan meningkatkan diri dengan mengambil kursus bahasa Sepanyol, manakala suaminya, Encik Arshad, pula kerap menghadiri kursus dalam bidang fotografi demi mengasah minatnya dalam bidang itu. - Foto BM oleh KELVIN CHNG -
PENGALAMAN menghadiri kursus-kursus seperti muzik dengan Xilofon, Seni untuk Warga tua dan 'Google Drive' melalui Program Pembelajaran Antara Generasi (ILP) di bawah Akademi Warga Emas Nasional (NSA), membuka minda Encik Arshad Suradi, 67 tahun, kepada orang lain, terutama generasi lebih muda dan pada masa yang sama dapat berinteraksi dengan mereka.
Beliau dan isterinya, Cik Haslina Abdullah, 64 tahun, sering mengambil peluang menghadiri kursus-kursus sebegini demi mempertingkatkan diri walaupun masing- masing sudah pun bersara.

