Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Memorandum ditandatangani lancar program industri makanan antarabangsa antara Riau, Politeknik Republic 

Apr 20, 2022 | 8:58 PM
Dr Maliki (kanan) bertemu dengan Gabenor Kepri, Encik Ansar Ahmad, di sini.
Dr Maliki (kanan) bertemu dengan Gabenor Kepri, Encik Ansar Ahmad, di sini. - FACEBOOK MOHAMAD MALIKI OSMAN

SATU Memorandum Hasrat (MOI) telah ditandatangani antara Politeknik Republic (RP) dengan pemerintah wilayah Kepulauan Riau (Kepri) untuk melancarkan Program Yayasan Temasek - Industri Makanan Antarabangsa 4.0 dan Rantaian Bekalan RP. Acara itu bersempena kedatangan Gabenor Kepri, Encik Ansar Ahmad, ke Singapura. Menulis di Facebook, Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman, berkata beliau gembira menyambut kedatangan gabenor itu.

"Saya dan Bapak Ansar telah bertemu secara maya dalam beberapa kesempatan semasa pandemik, dan saya gembira akhirnya bertemu beliau hari ini (20 Apr) untuk bertukar-tukar pandangan tentang bagaimana kita boleh mengukuhkan lagi kerjasama antara Singapura dengan Kepri dalam bidang pembangunan modal insan, ekonomi digital, pelancongan, dan tenaga diperbaharui," ujar Dr Maliki.

Penandatanganan MOI itu, katanya, juga mencerminkan kemajuan baik yang dicapai sejak Presiden Joko Widodo mengumumkan inisiatif latihan modal insan antara Singapura dengan Kepri semasa Rahat Pemimpin tahun ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg