Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mencari hos podcast terbaik menerusi pertandingan podcast Gen G bagi pelajar

Jul 2, 2025 | 5:40 PM
Pendaftaran bagi pertandingan podcast
Pendaftaran bagi pertandingan podcast - BH

Siapakah antara pelajar yang petah bercakap untuk menjadi hos podcast terbaik?

Inilah yang ingin dicari oleh akhbar pelajar Berita Harian (BH), Gen G dalam satu pertandingan podcast yang akan diadakan bagi para pelajar sekolah rendah (atasan) dan menengah.

Sejajar dengan ulang tahun Singapura ke-60 tahun ini dan Bulan Bahasa, pelajar boleh mengupas mengenai masa hadapan Bahasa Melayu dan impian mereka terhadap negara.

Mereka boleh memilih salah satu dari tajuk podcast ini: SG100: Impian Hebat Saya! atau Bahasa Kita, Masa Hadapan Kita!

Bagi Kategori A, murid-murid sekolah rendah (darjah empat hingga enam) yang merupakan pelanggan Gen G boleh turut serta.

Bagi Kategori B, ia dibuka bagi pelajar-pelajar sekolah menengah.

Setiap sekolah boleh menghantar sehingga dua pasukan yang terdiri daripada minimum tiga pelajar dan maksimum empat pelajar bagi setiap pasukan.

Para peserta akan dinilai berdasarkan pemarkahan berikut: Bahasa (40%), Isi (30%) dan Penyampaian dan Kreativiti (30%).

Mereka akan dinilai oleh pasukan podcast BH.

Pemenang setiap kategori berpeluang memenangi trofi, sijil dan baucar tunai bernilai $500. Pemenang tempat kedua dapat mendapat sijil dan baucar tunai $300, manakala pemenang tempat ketiga dapat mendapat sijil dan baucar tunai $200.

Podcast terbaik akan disertakan dalam media sosial BH dan Gen G.

Ingin tahu tetapi tidak pasti bagaimana untuk bermula? Jangan risau, setiap pasukan yang berdaftar akan dijemput ke satu webinar selama 45 minit pada 15 Ogos ini.

Pelajar akan mempelajari perkara penting mengenai penghasilan podcast, termasuk papan cerita, skrip, latihan suara dan rakaman terus daripada pakar kami.

Pendaftaran bagi pertandingan di dibuka mulai sekarang hingga 31 Julai.

Tarikh untuk menghantar podcast ialah dari 15 Ogos hingga 14 September.

Untuk pendaftaran, sila ke: https://contest.sph.com.sg/ campaigns/bh-gen-g-podcast-competition/

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg