SEBANYAK $43 juta diagihkan tahun lalu kepada 10,600 penerima bantuan Subsidi Yuran Tuisyen Pengajian Tinggi (TTFS) Mendaki bagi meneruskan pengajian tinggi mereka - jumlah tertinggi yang pernah disalurkan sejauh ini.
Dua tahun lalu, badan bantu diri itu telah memperuntukkan sebanyak $42 juta di bawah skim ini bagi menyokong 10,000 penerima bantuan.
TTFS memberi subsidi yuran bagi pelajar Melayu yang layak mengambil diploma atau ijazah pertama mereka di institusi pengajian tinggi setempat pemerintah.
Butiran ini adalah antara yang didedahkan dalam laporan tahunan 2019 Mendaki yang memberi gambaran keseluruhan kewangan badan itu.
Sejumlah $3.7 juta pinjaman pengajian turut diagihkan di samping $32.3 juta lagi digunakan bagi program mendekati masyarakat.
Mendaki menyokong lebih 91,000 penerima bantuan.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg