Topik diikuti
Pergi ke BHkuMendaki catat rekod agih $43 juta subsidi yuran tuisyen tahun lalu
Masagos: Lebih ramai pelajar dijangka mohon TTFS sedang pandemik Covid-19 terus menjejas ekonomi
1 of 2
Aug 25, 2020 | 5:30 AM
Mendaki catat rekod agih $43 juta subsidi yuran tuisyen tahun lalu
YAYASAN Mendaki telah mengagihkan subsidi yuran tuisyen $43 juta tahun lalu, jumlah tertinggi sejak skim itu diperkenalkan, dan menjangka ia meningkat tahun depan, dengan kesan ekonomi pandemik Covid-19 terus dirasai.
Tahun ini, buat pertama kali, badan bantu diri itu juga telah menggunakan $1.9 juta daripada rizabnya untuk mendapatkan komputer riba bagi membantu pelajar mengikuti pembelajaran dari rumah (HBL) semasa tempoh pemutus litar.