Mendaki jaya kumpul $6.3j sepanjang 3 tahun bagi Dana Amanah Pendidikan
Premium
Mendaki jaya kumpul $6.3j sepanjang 3 tahun bagi Dana Amanah Pendidikan
Feb 21, 2020 | 5:30 AM
BERI SOKONGAN: Penderma Cik Eve Tan (tengah) dari Scholastic Education berkata pihaknya bersedia untuk terus menyokong usaha Yayasan Mendaki mengumpul dana ETF. Bersamanya ialah CEO Mendaki, Cik Rahayu Buang dan Encik Masagos Zulkifli. - Foto YAYASAN MENDAKI -
SEJUMLAH $6.3 juta telah dikumpulkan sepanjang tiga tahun lalu bagi Dana Amanah Pendidikan (ETF) dan usaha gigih untuk mengumpul dana itu akan diteruskan sepanjang tahun ini, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, yang juga pengerusi Yayasan Mendaki, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.
Menurutnya, tahun lalu, ETF telah mengagihkan hampir $2 juta kepada pelajar dalam bentuk subsidi, biasiswa dan baucar.

