Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mendaki lawat BH, bincang usaha dekati belia

Nov 29, 2023 | 7:06 PM
LAWATAN BH: Sekumpulan kakitangan Mendaki yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif, Cik Zuraidah Abdullah (dua dari kiri), melawat Berita Harian (BH), yang diketuai Editor BH/BM, Encik Nazry Mokhtar (kedua dari kanan), dalam usaha meneroka hala tuju baru dan menjalin rangkaian dengan pasukan media pada Rabu.
LAWATAN BH: Sekumpulan kakitangan Mendaki yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif, Cik Zuraidah Abdullah (dua dari kiri), melawat Berita Harian (BH), yang diketuai Editor BH/BM, Encik Nazry Mokhtar (kedua dari kanan), dalam usaha meneroka hala tuju baru dan menjalin rangkaian dengan pasukan media pada Rabu. - Foto ERVINA MOHD JAMIL

Sekumpulan kakitangan Yayasan Mendaki yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Cik Zuraidah Abdullah, melawat pejabat Berita Harian (BH), sebahagian daripada usaha untuk meneroka hala tuju baru dan menjalin rangkaian dengan pasukan media, pada Rabu.

Semasa lawatan tersebut, Cik Zuraidah melahirkan rasa teruja dengan konsep terbuka pejabat dan mengagumi usaha BH dalam menggunakan media sosial untuk mendekati orang ramai, khususnya golongan belia.

“Kami berbesar hati dengan kunjungan Yayasan Mendaki yang diketuai Cik Zuraidah Abdullah.

“Kami memberikan taklimat kepada Mendaki mengenai operasi BH setelah menjalani transformasi digital, sekali gus saling bertukar idea mengenai peluang kerjasama khususnya dalam usaha mendekati golongan muda Melayu/Islam,” kata Editor BH/BM, Encik Nazry Mokhtar.

Salah satu perkara utama dalam perbincangan semasa lawatan itu ialah kepentingan pendekatan teliti terhadap pemantauan data.

Sebagai contoh, BH mengetengahkan penggunaan teknologi bagi menjejak dan analisis data untuk memahami keterlibatan pembaca terhadap produk BH.

Bahkan, teknologi juga membantu BH menjana kandungan menarik bagi para pembaca – misalnya, aplikasi Chartbeat yang menjejak prestasi laporan. Susulan itu, kakitangan Mendaki, terdiri daripada enam orang, berpeluang melihat keunikan pejabat baru BH.

“Suasana mesra pejabat ini tentunya memberi inspirasi dan semangat dalam menjalankan tugas harian,” ujar Cik Zuraidah.

Beliau juga sempat berinteraksi dengan kakitangan pasukan media sosial dan menyaksikan sendiri usaha yang dilakukan BH untuk mendekati masyarakat.

“Perkongsian maklumat dan idea antara dua organisasi ini dapat membuka peluang kerjasama lebih erat antara kedua-dua pihak dan membantu kami mencari lebih banyak laluan untuk mendekati belia Melayu secara lebih berkesan,” tambah Cik Zuraidah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg