Topic followed successfully
Go to BHkuMendaki, Muis dan Mesra lancar pejabat bersama di Wisma Geylang Serai
Mendaki, Muis dan Mesra lancar pejabat bersama di Wisma Geylang Serai
Mendaki, Muis dan Mesra lancar pejabat bersama di Wisma Geylang Serai
PEJABAT bersama M Kuasa Tiga (M³) - yang menggabungkan Yayasan Mendaki, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Majlis Penyelaras Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) - telah dilancarkan oleh Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, hari ini (25 Januari).
Terletak di tingkat tiga Wisma Geylang Serai (WGS), pejabat yang dikenali sebagai M³@WGS itu akan berfungsi sebagai pusat maklumat dan rujukan bagi masyarakat Melayu/Islam.
Ketika ditemui, Encik Masagos berkata Muis, Mendaki dan Mesra mempunyai kekuatan masing-masing tetapi dengan menggembleng tenaga, mereka dapat berbakti kepada masyarakat dengan lebih baik dan dengan cara yang lebih teratur.
Dengan M³@WGS, masyarakat Melayu/Islam kini boleh mendapatkan maklumat mengenai program di peringkat nasional mahupun yang dikendalikan Muis, Mendaki dan Mesra.
Antara khidmat yang ditawarkan di M³@WGS termasuk pembayaran zakat dan derma, pendaftaran bagi program pendidikan atau bantuan kewangan serta pemohonan pekerjaan.

