Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mendaki: Pendanaan Forum Pemimpin Masyarakat dinaikkan kepada 80%

Jun 13, 2024 | 6:19 PM
Pendanaan Forum Pemimpin Masyarakat (CLF) akan dinaikkan daripada 60 peratus kini kepada 80 peratus bagi semua cadangan yang diluluskan.
Pendanaan Forum Pemimpin Masyarakat (CLF) akan dinaikkan daripada 60 peratus kini kepada 80 peratus bagi semua cadangan yang diluluskan. - Foto YAYASAN MENDAKI

Pendanaan Forum Pemimpin Masyarakat (CLF) akan dinaikkan daripada 60 peratus kini kepada 80 peratus bagi semua cadangan yang diluluskan.

Peningkatan tersebut bertujuan menyediakan sokongan kewangan yang lebih besar untuk membantu organisasi melaksanakan projek mereka yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Demikian kata Yayasan Mendaki dalam kenyataan pada 13 Jun.

Sementara itu, semua program yang dimulakan Mendaki akan menerima pendanaan 100 peratus daripada CLF.

Ini termasuk bagi program pementoran #amPowered dan Kelas MateMatika (KMM).

Projek CLF direka untuk menyediakan pendekatan yang komprehensif, bersepadu dan holistik untuk membantu keluarga yang memerlukan melalui program dan perkhidmatan pendidikan, belia, keluarga dan kebolehpasaran.

Program CLF dibiayai sepenuhnya oleh Dana Pembangunan Masyarakat Melayu/Islam (MMCDF).

Mendaki menerima $2.6 juta setiap tahun untuk membiayai program-program tersebut. Pada 2023, CLF meluluskan sejumlah 45 projek masyarakat yang akan dijalankan oleh 24 rakan kongsi CLF Mendaki.

Dari 2021 hingga 2023, terdapat 82 projek dan 39 rakan kongsi aktif, menurut kenyataan itu.

Terdapat kriteria untuk layak menerima pendanaan CLF.

Ini termasuk badan tersebut mestilah merupakan pertubuhan bukan mencari untung yang berdaftar di bawah Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (ROS), merupakan Syarikat Terhad oleh Jaminan atau merupakan badan amanah amal.

Atau badan yang berminat itu merupakan Perusahaan Sosial yang berdaftar dengan Pusat Perusahaan Sosial Singapura (raiSE).

Tempoh pemohonan ditutup pada 21 Jun 2024.

Maklumat lanjut tentang CLF boleh didapatkan dengan melungsuri https://www.clfprojects.org.sg/

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg