Pertama kali dalam sejarahnya, Galeri Nasional Singapura mempersembahkan karya seni dari dua benua yang berbeza, Asia dan Amerika Latin, dalam satu pameran tunggal. Proses penghasilan pameran ini memakan waktu sembilan tahun dengan lebih dari 200 karya agung, termasuk arca, lukisan, persembahan, dan pemasangan dari lebih 70 artis. Karya-karya agung dalam pameran Tropika ini merupakan pinjaman dari muzium-muzium sedunia seperti Mexico, Brazil, dan rakan kongsi di rantau Asia Tenggara.
Pameran ini mengisahkan pengalaman hidup artis dan penulis yang berani menggugat amalan kebiasaan untuk memupuk solidariti dari kesan penjajahan. Walaupun jarak geografi memisahkan Asia Tenggara dan Amerika Latin, namun keduanya memiliki kepelbagaian kehidupan yang sama, kaya dengan sejarah, tradisi, dan pengaruh global. Kita berkongsi sejarah yang dijajah di bawah pengaruh iklim Khatulistiwa yang serupa, budaya pakaian, makanan, minat terhadap sukan, dan amalan seni yang dapat ditemui oleh pengunjung di Tropika.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg