Kesan-kesan sampingan seperti kemerahan atau bengkak di bahagian suntikan, rasa letih dan demam adalah biasa. Ini merupakan tanda-tanda tubuh anda sedang membina daya tahan terhadap COVID-19. Simptom-simptom ini biasanya akan pulih dalam beberapa hari.

Vaksin-vaksin ini jarang sekali menyebabkan tindak balas alahan yang teruk. Jika anda rasa anda mungkin mengalami tindak balas alahan seperti bengkak pada mata atau bibir, gatal-gatal, ruam atau kesukaran bernafas, dapatkan rawatan dengan segera.

Individu-individu yang mengalami tindak balas alahan terhadap dos pertama dinasihatkan supaya tidak mengambil dos kedua.

Untuk maklumat lanjut, lungsuri lelaman vaccine.gov.sg atau hubungi talian 1800-333-9999.