Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mengecas bateri e-basikal punca flat di West Coast terbakar; 160 penduduk dipindahkan

May 21, 2023 | 4:14 PM
Anggota bomba SCDF memadamkan kebakaran, yang melibatkan kandungan sebuah bilik tidur, menggunakan pancutan air.
Anggota bomba SCDF memadamkan kebakaran, yang melibatkan kandungan sebuah bilik tidur, menggunakan pancutan air. - Foto SCDF

KIRA-kira 160 penduduk dipindahkan selepas kebakaran berlaku di sebuah flat di West Coast pada Sabtu malam. Kebakaran berkemungkinan berpunca daripada pek bateri basikal menggunakan kuasa (PAB) yang sedang dicas di dalam bilik tidur, kata Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) pada Ahad. SCDF berkata dalam satu catatan Facebook bahawa ia telah dimaklumkan mengenai kebakaran di flat tingkat 12 itu pada 11.15 malam. Anggota bomba memadamkan kebakaran, yang melibatkan kandungan di dalam bilik tidur, menggunakan pancutan air dan tiada kecederaan dilaporkan. Enam sekeluarga tinggal di flat itu. Salah seorang daripada mereka, yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Yana, memberitahu akhbar berbahasa Cina, Shin Min Daily News pada pagi Ahad bahawa kebakaran bermula di bilik tidur abangnya. "Ibu saya melihat pek bateri pengecas mengeluarkan percikan api dan kemudian ia terbakar," katanya. Beliau dan abang iparnya dengan pantas menghalang celah di bawah pintu bilik tidur dengan tuala dan pakaian basah bagi mengelak api merebak ke bilik lain, tambahnya. Seorang penduduk yang tinggal di bawah unit terbabit memberitahu akhbar itu bahawa beliau sedang mengadakan majlis dengan lebih 40 tetamu ketika kebakaran berlaku. "Jiran di blok bertentangan menjerit supaya kami lari. Ketika itulah saya terhidu bau asap dan menyedari unit di tingkat atas terbakar," kata penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Namira. SCDF mengingatkan pengguna PAB dan Alat Mobiliti Peribadi (PMD) supaya tidak mengecas bateri peranti buat tempoh lama, dan juga tidak membeli atau menggunakan bateri bukan asli.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg