Topic followed successfully
Go to BHkuKeluarga hargai surat takziah PM
Premium
Keluarga hargai surat takziah PM
Apr 24, 2017 | 5:30 AM
Keluarga hargai surat takziah PM
MAJLIS TAHLIL KELUARGA: Keluarga Allahyarham Othman Wok mengadakan tahlil di rumah Allahyarham di Kew Avenue. Gambar menunjukkan (duduk di sofa, dari kiri) Cik Diana Othman, anak isteri kedua Encik Othman, Cik Lina Abdullah; Cik Lily Othman, anak bongsu isteri pertama Allahyarhamha Cik Dah Mohd Noor; balu Encik Othman, Cik Lina Abdullah; isteri presiden pertama Singapura Encik Yusof Ishak, Puan Noor Aishah Md Salim; dan Cik Safiah Othman, anak sulung isteri pertama Allahyarham (duduk di kerusi, dua dari kanan). - Foto M.O. SALLEH -
KELUARGA pemimpin pengasas dan mantan menteri Kabinet Allahyarham Othman Wok mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong atas surat takziah yang diutuskan selepas pemergian Allahyarham.
Ucap terima kasih itu terkandung dalam surat yang ditulis semasa tahlil buat Allahyarham yang diadakan di rumahnya di Kew Avenue semalam.

