Premium
Mengesan penyakit awal melalui Pos Kesihatan Masyarakat
Zaqy lancar Pos Kesihatan di GRC Chua Chu Kang, tumpu bantu warga berusia 40 tahun ke atas urus tahap kesihatan dengan lebih baik lagi
Sep 17, 2018 | 5:30 AM
BERAMAI-RAMAI MENUJU GAYA HIDUP SIHAT: Encik Zaqy (memegang telefon bimbit), Cik Low (berbaju merah jambu), Encik Gan (berbaju putih, di belakang Cik Low) dan Encik Yee (berbaju putih) mengambil swafoto bersama dengan sebahagian daripada sekitar 600 peserta dalam acara Perjalanan Hijrah 2018 semalam. - Foto FACEBOOK ZAQY MOHAMAD -
POS Kesihatan Masyarakat telah dilancarkan di GRC Chua Chu Kang pagi semalam dengan sokongan daripada Pasukan Penjagaan Masyarakat Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS).
Terletak di kawasan kejiranan, pos tersebut mempunyai jururawat dan penyelaras penjagaan yang akan bekerjasama dengan rakan kongsi masyarakat untuk menyediakan penjagaan selaras.

