Menjejak warisan Dawson, Queenstown sempena 200 tahun S'pura
Premium
Menjejak warisan Dawson, Queenstown sempena 200 tahun S'pura
Feb 4, 2019 | 5:30 AM
KUNJUNGI TEMPAT BERSEJARAH: Para peserta dibawa ke Princess House yang terletak di Alexandra Road semalam. Princess House dibuka pada 1957 sebagai bangunan pejabat pelbagai guna yang menempatkan jabatan-jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pelesenan. - Foto BH oleh GAVIN FOO -
ORANG ramai kini boleh mempelajari tentang sejarah awal Singapura dengan mengikuti lawatan berjalan kaki secara percuma di kawasan Dawson dan Queenstown.
Dianjurkan sempena sambutan memperingati 200 tahun Singapura, Bicentennial Singapura, lawatan empat jam tersebut, "Jelajah Warisan Dawsonku" (My Dawson Heritage Tour) diadakan setiap bulan oleh kumpulan sukarelawan My Community.

