Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Menjelang Ramadan: Pasar Geylang Serai tetap jadi tumpuan, AP gesa pergi ke pasar lain dalam tempoh ini

Apr 18, 2020 | 8:02 PM
Kebanyakan pelanggan di Pasar Geylang Serai dilihat mematuhi peraturan jarak selamat semasa membeli-belah.
Kebanyakan pelanggan di Pasar Geylang Serai dilihat mematuhi peraturan jarak selamat semasa membeli-belah. - NATASHA MUSTAFA

WALAU tidak sesesak hujung minggu lalu, masih ramai orang yang berkunjung ke Pasar Geylang Serai berdasarkan pemerhatian Berita Minggu (BM) semalam.

Seawal 7 pagi, barisan pengunjung sudah mula beratur untuk memasuki pasar tersebut dan pada 7.30 pagi jumlah mereka yang beratur mencecah ratusan orang.

Meskipun demikian, semua yang beratur memakai pelitup muka dan mengamalkan jarak selamat.

Ketika ditemui wartawan, ramai pengunjung berkata mereka lebih suka ke Pasar Geylang Serai dan sanggup menghabiskan masa beratur kerana harga barangan yang le

Salah seorang daripada mereka, Cik Asmah Jai, 68 tahun, berkata beliau sampai ke pasar itu seawal 6.30 pagi untuk elak kesesakan.

"Semasa saya sampai, masih belum ramai orang dan tidak perlu beratur. Tapi lepas saya sudah habis belanja, dalam masa sejam begitu, sudah ada barisannya orang beratur.

"Saya ke Pasar Geylang memang untuk persiapan bulan puasa minggu hadapan," katanya.

Semasa BM di pasar semalam, para pegawai Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) yang bertugas memastikan pasar tidak terlalu sesak, sambil mengingatkan orang ramai yang beratur untuk sentiasa memakai pelitup dengan betul

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg