Premium
Pekedai Joo Chiat Complex raikan kanak-kanak Pertapis
May 23, 2016 | 5:30 AM
SEBAR KECERIAAN MENJELANG RAMADAN: Pekedai di Joo Chiat Complex tampil menderma barang bagi acara membeli-belah sambil beramal demi mengumpul dana untuk kanak-kanak dari Rumah Kanak-Kanak Pertapis. - Foto M.O. SALLEH -
PEKEDAI di pusat beli-belah Joo Chiat Complex menyingsing lengan semalam untuk menyumbang kepada kanak-kanak dari Rumah Kanak-Kanak Pertapis menjelang Ramadan tidak lama lagi.
Dalam satu acara anjuran Asiawerkz Communications di pusat beli-belah itu semalam, lebih 10 pekedai tampil menderma pelbagai barang termasuk langsir, cadar, seterika, termos dan pakaian untuk dijual kepada orang ramai.

