Topik diikuti
Pergi ke BHkuMentega kacang Jif ditarik balik kerana potensi pencemaran salmonella
Mentega kacang Jif ditarik balik kerana potensi pencemaran salmonella
Mentega kacang Jif ditarik balik kerana potensi pencemaran salmonella
BEBERAPA botol mentega kacang jenama Jif telah ditarik balik oleh Agensi Makanan Singapura (SFA) kerana berpotensi mengandungi pencemaran salmonella.
Dalam satu kenyataan pada Selasa (24 Februari), SFA berkata pesanan untuk menarik balik mentega kacang Jif dikeluarkan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat kepada pengeluar produk itu, J.M. Smucker.
Samonella Senftenberg adalah strain bakterium Salmonella, penyebab biasa keracunan makanan atau penyakit yang berpunca dari makanan. Ia tidak sepatutnya dikesan dalam produk makanan sedia untuk dimakan.
SFA berkata pengimport DKSH South East Asia telah diarah untuk menarik balik beberapa kelompok mentega kacang Jif yang dipercayai tercemar.
Mentega kacang ini mengandungi kod 1274425 hingga 2140425. Proses penarikan balik produk ini sedang diteruskan.
"Pelanggan yang telah membeli produk berkenaan dinasihati untuk tidak memakannya," kata SFA.
"Mereka yang telah memakannya dan mempunyai keprihatinan mengenai kesihatan mereka harus mendapatkan nasihat perubatan.Pelanggan itu boleh menghubungi tempat di mana mereka membeli mentega kacang itu bagi pertanyaan lanjut," ujarnya.
