Menteri 4G bakal lancar siri bincang selepas Belanjawan 2019: Swee Keat
Premium
Menteri 4G bakal lancar siri bincang selepas Belanjawan 2019: Swee Keat
Dec 4, 2018 | 5:30 AM
ENCIK HENG SWEE KEAT: Mahu meneliti perkara asas dan isu jangka panjang sebagai sebuah negara dan masyarakat yang perlu ditangani bersama pemimpin lain. - Foto BH oleh MARK CHEONG -
PEMIMPIN generasi keempat (4G) akan melancarkan siri perbincangan dengan warga selepas Belanjawan tahun depan, kata Menteri Kewangan Heng Swee Keat.
Sesi melibatkan pelbagai kumpulan itu akan memanfaatkan usaha mengumpul maklum balas menerusi Suara Musyawarah yang beliau pelopori pada 2013, kata Encik Heng, lapor akhbar The Straits Times.

