Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Menteri Besar Johor lawat S'pura

Feb 13, 2023 | 5:30 AM
Had pendapatan bulanan CPF akan dinaikkan secara bertahap daripada $6,000 kepada $8,000 mulai September 2023.
Had pendapatan bulanan CPF akan dinaikkan secara bertahap daripada $6,000 kepada $8,000 mulai September 2023. - Foto fail

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, kini sedang dalam lawatan kerja tiga hari ke Singapura mulai semalam hingga esok.

Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA), semasa lawatannya ke sini, Datuk Onn akan bertemu Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan; Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran; dan Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu.

Beliau juga akan bertemu Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee dan Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman.

Datuk Onn akan mengadakan perbincangan dengan pelbagai agensi Singapura mengenai prasarana kenderaan elektrik, pengurangan banjir dan teknologi pertanian makanan.

Beliau juga bersedia menghadiri forum perniagaan dengan ahli-ahli Persekutuan Perniagaan Singapura dan Persekutuan Pengilangan Singapura.

Datuk Onn diiringi anggota Majlis Eksekutif Negeri Johor dan pegawai kerajaan Johor.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg