Pengguna Berdaftar
Menteri Brunei lawat Our Tampines Hub
Jul 26, 2022 | 4:44 AM
LAWATAN MENTERI: Encik Masagos (empat dari kiri) membawa Dato Seri Setia Haji Nazmi (tujuh dari kiri) melihat pelbagai kemudahan di OTH semasa lawatannya ke Singapura. - - Foto FACEBOOK / MASAGOS ZULKIFLI
MENTERI Budaya, Belia dan Sukan Brunei, Dato Seri Setia Haji Nazmi Haji Mohamad, telah berkunjung ke hab masyarakat dan gaya hidup bersepadu terbesar Singapura, Our Tampines Hub (OTH), semasa lawatannya ke negara ini.
Menerusi laman Facebook beliau hari ini (25 Julai), Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga dan Menteri Kedua Kesihatan, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata beliau telah mengadakan jamuan malam bersama Dato Seri Setia Haji Nazmi.

