Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Menteri Dalam Negeri Malaysia Muhyiddin Yassin rehat di hospital Singapura selepas pembedahan

Jul 30, 2018 | 1:57 PM
LAWAT RAKAN SEKERJA: Tun Dr Mahathir melawat Tan Sri Muhyiddin di hospital selepas Menteri Dalam Negeri Malaysia itu menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan di pankreas.
LAWAT RAKAN SEKERJA: Tun Dr Mahathir melawat Tan Sri Muhyiddin di hospital selepas Menteri Dalam Negeri Malaysia itu menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan di pankreas. - Foto FACEBOOK/MUHYIDDIN YASSIN

BEBERAPA menteri dari seberang Tambak termasuk Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkunjung ke Singapura pada hujung minggu lalu untuk melawat Menteri Dalam Negeri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang kini beransur pulih selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di pankreas.

Beberapa keping gambar lawatan Dr. Mahathir dan isteri yang turut disambut isteri Tan Sri Muhyiddin, Puan Sri Noraini Abdul Rahman, dimuat naik di akaun Facebook rasmi Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu.

Selain itu, Facebook beliau turut memaparkan Timbalan Perdana Menteri Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Kewangan Lim Guan Eng; Menteri Pendidikan Maszlee Malik dan beberapa individu lain yang melawatnya di hospital.

Tan Sri Muhyiddin dilaporkan beransur pulih selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di pankreas yang telah dapat dikesan pada peringkat awal pada 12 Julai lalu. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg