Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Menteri ehwal luar, pertahanan dan perdagangan Singapura dan Australia akan bertemu di Canberra

Apr 30, 2023 | 8:13 PM
Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan antara menteri Singapura yang bertemu dan bermesyaurat dengan rakan sejawatan dari Australia pada Isnin (1 Mei).
Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan antara menteri Singapura yang bertemu dan bermesyaurat dengan rakan sejawatan dari Australia pada Isnin (1 Mei). - ST File

Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen dan Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong akan mengambil bahagian dalam mesyuarat ke-13 Jawatankuasa Menteri Bersama Singapura-Australia (SAJMC) di Canberra, Australia pada Isnin (1 Mei).

Australia akan diwakili oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Encik Richard Marles, Menteri Ehwal Luar, Cik Penny Wong dan Menteri Perdagangan dan Pelancongan serta Menteri Khas Negara, Encik Don Farrell, menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Ahad (30 April).

Ditubuhkan pada 1996, SAJMC ialah mekanisme dialog peringkat tinggi yang diadakan secara tetap serta melibatkan menteri ehwal luar, pertahanan dan perdagangan Singapura dan Australia.

MFA berkata ia merupakan platform untuk kedua-dua pihak membincangkan kerjasama dua hala, termasuk pelaksanaan Perkongsian Strategik Komprehensif Singapura-Australia, dan bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa.

Mesyuarat SAJMC terakhir telah diadakan secara maya pada Ogos 2021.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg