Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Menteri Kanan M'sia lawat SG

Azmin Ali bincang kesepaduan ekonomi serantau
Aug 23, 2022 | 5:30 AM
HUBUNGAN KUKUH: Antara perbincangan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Presiden Halimah Yacob termasuk kerjasama dan penyepaduan ekonomi serantau, serta langkah mengukuhkan daya tahan rantaian bekalan.
HUBUNGAN KUKUH: Antara perbincangan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Presiden Halimah Yacob termasuk kerjasama dan penyepaduan ekonomi serantau, serta langkah mengukuhkan daya tahan rantaian bekalan. -

MENTERI Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (gambar atas), bertemu Presiden Halimah Yacob di Istana semalam sempena lawatan kerja beliau ke Singapura.

Mereka telah mengadakan perbincangan mengenai kerjasama dan penyepaduan ekonomi serantau, serta langkah mengukuhkan daya tahan rantaian bekalan.

Puan Halimah menyatakan Singapura dan Malaysia mengongsi hubungan dua hala yang kukuh yang sudah lama terjalin.

"Kami mengadakan perbincangan yang baik mengenai kerjasama dan integrasi ekonomi serantau; dan mengukuhkan daya tahan rantaian bekalan. Saya juga gembira kerana para pegawai di kedua-dua pihak bekerjasama rapat untuk meneruskan kerjasama dalam bidang kepentingan baru bagi kedua-dua negara, seperti ekonomi hijau dan digital,'' ujar Puan Halimah, di Facebook.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg