SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Menteri Kesihatan arahkan laksana Pofma pada SPH Magazines

Menteri Kesihatan arahkan laksana Pofma pada SPH Magazines

Jan 27, 2020 | 9:09 AM

Menteri Kesihatan arahkan laksana Pofma pada SPH Magazines

Pos di forum HardwareZone yang mengandungi kepalsuan. FOTO: FACTUALLY
Pos di forum HardwareZone yang mengandungi kepalsuan. FOTO: FACTUALLY -

SPH Magazines Pte Ltd telah mematuhi arahan yang diberikan pejabat Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian (Pofma) untuk membetulkan pos dalam talian dalam forum HardwareZone.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini (Isnin, 27 Jan), SPH Magazines berkata:

"HardwareZone.com telah pun menghapuskan pos tersebut sesuai dengan garis pandu komunitinya.

"Ia juga mematuhi arahan tersebut dengan segera dan menerbitkan notis pembetulan. Pengguna forum juga telah diingatkan untuk menyiarkan pos secara bertanggungjawab."

Awal sebelum ini telah dilaporkan bahawa Menteri Kesihatan telah mengarahkan pejabat Pofma mengeluarkan Perintah Pembetulan Umum (GCD) kepada SPH Magazines Pte Ltd yang mengelolakan forum HardwareZone.

Kenyataan palsu telah diterbitkan dalam satu pos di forum tersebut yang menyatakan seorang lelaki meninggal dunia akibat koronavirus Wuhan di Singapura.

Hardwarezone perlu mengeluarkan notis pembetulan kepada semua pengguna di Singapura yang menggunakan forum tersebut.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg