Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Menteri kesihatan S’pura ‘cuba nasib’ jadi ahli farmasi

Ia bersempena Hari Ahli Farmasi Sedunia yang jatuh pada 25 September.
Sep 25, 2023 | 5:02 PM
CUBA JADI AHLI FARMASI: Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, melalui pengalaman menjadi ahli farmasi sempena Hari Ahli Farmasi Sedunia.
CUBA JADI AHLI FARMASI: Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, melalui pengalaman menjadi ahli farmasi sempena Hari Ahli Farmasi Sedunia. - Foto TIKTOK/ONGYEKUNG

Nampak gaya di kaunter farmasi Hospital Besar Singapura (SGH) ada ahli farmasi ‘baru’.

Anggota itu ternyata adalah Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, yang mencuba skop pekerjaan itu sempena Hari Ahli Farmasi Sedunia yang jatuh pada Isnin (25/9).

Dalam satu catatan video Tiktok Encik Ong, beliau dipercayai menyamar sebagai anggota farmasi untuk memahami selok-belok pekerjaan itu.

Dalam video yang dimuat naik pada Jumaat, beliau dilihat melakukan kerja-kerja seperti menyemak alahan, sejarah perubatan dan kesesuaian ubat bagi pesakit sambil ditemani Ahli Farmasi Klinikal Kanan SGH, Cik Vivian Tan.

Beliau juga dilihat mengasingkan ubat-ubat ke dalam bekas untuk diberikan kepada pesakit.

“Di kebanyakan farmasi, semua proses ini telah diautomasikan. Tetapi di sini, saya cuba untuk alami bagaimana menjadi seorang ahli farmasi jadi saya lakukannya secara manual,” jelasnya.

Dalam pada itu, Cik Tan berkata pekerjaan ahli farmasi menjangkau lebih daripada hanya memberi ubat-ubatan.

Beliau berkata: “Kami juga melakukan pelbagai jenis perkara seperti bekerjasama dalam pasukan berbilang disiplin bagi pengurusan pesakit secara menyeluruh dan komprehensif.”

View post on TikTok

Awal dari itu Encik Ong menjelaskan semasa pelancaran institusi pendidikan NUHS Academy oleh Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS) pada Ogos 2023 bahawa sistem penjagaan kesihatan di Singapura kini menjalani perubahan besar yang akan memerlukan setiap pekerja sektor menyesuaikan diri kepada tanggungjawab dan tugas yang terus berubah.

Lantas beliau menekankan pentingnya menyediakan program latihan bagi memastikan pekerja sektor itu dapat kekal relevan dan dibimbing mempertingkat kemahiran.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg