Topik diikuti
Pergi ke BHkuMenteri pelancongan Malaysia: Jumlah lawatan pelawat Singapura berkurangan
Menteri pelancongan Malaysia: Jumlah lawatan pelawat Singapura berkurangan
Sep 8, 2015 | 2:28 PM
Menteri pelancongan Malaysia: Jumlah lawatan pelawat Singapura berkurangan
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (right) memimpin delegasi Malaysia bagi mempromosi negara itu dalam kalangan pemain industri pelancongan Singapura tahun lalu. Beliau berkata pihaknya perlu menjalankan pelbagai inisiatif untuk memacu pertumbuhan pelancong dari Singapura sepanjang bulan-bulan mendatang. Gambar fail ZAOBAO -
JUMLAH lawatan warga Singapura ke Malaysia berkurangan sepanjang awal tahun ini, menurut Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, jumlah ketibaan pelancong Singapura di seberang Tambak berkurangan 8.6 peratus.
Ini berbanding pertambahan 5.7 peratus sepanjang tahun lalu, ujar beliau dalam satu kenyataan menerusi Tourism Malaysia.
Datuk Seri Mohamed Nazri, yang berada di Singapura kelmarin, berkata pihaknya "perlu menjalankan pelbagai inisiatif untuk memacu pertumbuhan dari Singapura sepanjang bulan-bulan mendatang".
