Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Menteri Pertahanan SG, China adakan sidang video

Jun 9, 2021 | 5:30 AM
MENGESAHKAN HUBUNGAN PERTAHANAN: Menteri Pertahanan Ng Eng Hen (kiri) 'menemui' rakan sejawatannya dari China, Jeneral Wei Fenghe, menerusi satu sidang video semalam, dan mengesahkan hubungan pertahanan dua hala semakin mendalam antara Singapura dan China. - Foto MINDEF
MENGESAHKAN HUBUNGAN PERTAHANAN: Menteri Pertahanan Ng Eng Hen (kiri) 'menemui' rakan sejawatannya dari China, Jeneral Wei Fenghe, menerusi satu sidang video semalam, dan mengesahkan hubungan pertahanan dua hala semakin mendalam antara Singapura dan China. - Foto MINDEF -

MENTERI Pertahanan Ng Eng Hen dan rakan sejawatannya dari China, Jeneral Wei Fenghe, mengadakan satu sidang video semalam bagi mengesahkan hubungan dua hala pertahanan panjang dan mesra, serta kian mendalam dari tahun ke tahun, kata Kementerian Pertahanan (Mindef).

Semasa mesyuarat itu, mereka akur bahawa Singapura dan China telah meraikan ulang tahun hubungan diplomatik ke-30 pada tahun 2020 dengan pasukan akrobat udara Pasukan Udara Tentera Pembebasan Rakyat (PLA), Ba Yi melakukan aksi semasa Pertunjukan Udara Singapura buat pertama kalinya.

Kedua-dua negara itu juga meneruskan interaksi secara tetap meskipun dalam keadaan pandemik Covid-19 sekarang, kata Mindef.

Ini termasuk pelbagai latihan hubungan dua hala dan berbilang hala, lawatan berperingkat tinggi, pertukaran secara profesional, lawatan kapal dan menghadiri kursus dan seminar.

Dr Ng dan Jeneral Wei yang merupakan Ahli Majlis Negara Cina dan Menteri Pertahanan Negara, juga membincangkan pembangunan keselamatan serantau dan bagaimana tentera mereka menyokong usaha dalam memerangi pandemik global.

Mereka membincangkan langkah praktikal untuk memperkukuh kerjasama pertahanan Asean-China dan rangka kerja Mesyuarat Menteri Pertahanan Asean (ADMM)- Plus.

ADMM-Plus melibatkan 10 anggota Asean dan lapan rakan kongsi dialog, termasuk Australia, China, India, Jepun, New Zealand, Russia, Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

Menulis di Facebooknya selepas mesyuarat itu, Dr Ng berkata beliau telah mengadakan perbincangan meluas dan menyeluruh bersama Jeneral Wei, yang "amat baik" dalam memberikan perkembangan terkini mengenai keadaan domestik di China serta hal ehwal serantau dan antarabangsa.

Mindef berkata Dr Ng turut mengucapkan terima kasih kepada Jeneral Wei kerana menyokong sepenuhnya Dialog Shangri-La walaupun sidang keselamatan tahunan itu ditangguhkan tahun ini kerana sebab-sebab pandemik, dan mengundangnya melawat Singapura apabila keadaan di rantau kian pulih.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg