MENTERI Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, menghabiskan sekitar 35 hingga 45 minit beberapa kali setiap minggu untuk bersenam - meskipun semasa satu interviu radio.
Hari ini (20 Julai), beliau membawa bersamanya besi dumbbell semasa satu sesi temu ramah dengan saluran OneFM 91.3 di pejabat SPH Media Trust di Toa Payoh.
Bersama para deejay radio, Angelique Teo dan Mark van Cuylenburg, yang turut dikenali sebagai the Flying Dutchman, Encik Shanmugam lakukan gerakan menyangkung atau squats, menggunakan dumbell di pertengahan perbualan mereka, yang menumpukan kepada rejim kecergasan beliau serta pendirian tegas Singapura terhadap dadah.
Senaman squats itu disusuli pula dengan tekan tubi atau push-ups di lantai studio.
Menurut Encik Shanmugam semasa zaman kanak-kanaknya, bapanya sering mengejutnya untuk bangun pada 5 pagi untuk bersenam.
Encik Shanmugam berkata rejimnya terdiri daripada banyak senaman kardiovaskular seperti berlari sehinggakan lututnya menimbulkan masalah semasa beliau berusia pertengahan 50an.
Pada Ogos tahun lalu, Encik Shanmugam memuat naik satu video mengenai dirinya melakukan angkat beban deadlifting seberat 105 kilogram yang kemudian mendapat tontonan lebih daripada 275,000 kali.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg