Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Menu baru tawar makanan lebih sihat kepada pekerja pengangkutan awam

Oct 10, 2018 | 6:30 PM
TAWARAN LEBIH SIHAT: Menu lebih sihat bakal ditawarkan di kantin NTWU bermula Februari tahun depan.
TAWARAN LEBIH SIHAT: Menu lebih sihat bakal ditawarkan di kantin NTWU bermula Februari tahun depan. - LIANHE ZAOBAO

Pilihan makanan lebih sihat akan disajikan di semua 46 kantin Kesatuan Pekerja Pengangkutan Kebangsaan (NTWU), bermula Februari tahun depan.

Kantin-kantin itu berkhidmat kepada lebih 25,000 pekerja.

Kesatuan pekerja itu juga akan memulakan pusingan kedua kempen untuk menggalak kakitangan pengangkutan awam memilih nasi perang.

"Kami sedar ramai pekerja pengangkutan awam berusia lebih 50 tahun dan kami perlu menambah usaha untuk memastikan mereka menjaga kesihatan," kata setiausaha eksekutif NTWU Encik Melvin Yong.

Makanan lebih sihat yang ditawarkan di kantin NTWU akan dinilai oleh Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB). Enam kantin telah dinilai setakat ini.

"Pengiktirafan HPB akan membantu pekerja dan juga pihak awam memilih dengan lebih mudah makanan lebih sihat yang ditawarkan," kata Encik Yong, yang melancarkan inisiatif itu di Depot Bas Ulu Pandan pada Rabu (10 Oktober).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg