Menyegar semula rangka tindakan ekonomi S’pura
Menyegar semula rangka tindakan ekonomi S’pura
Menyegar semula rangka tindakan ekonomi S’pura
Di tengah-tengah dunia yang semakin berpecah-belah dan kompleks, pemerintah akan melakar hala tuju baru agar Singapura dapat kekal tangkas dan merebut peluang baru untuk berdaya saing di peringkat global.
Ini diumumkan oleh Kementerian Perdagangan & Perusahaan (MTI), Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Yayasan Penyelidikan Nasional (NRF) dalam adendum (kenyataan tambahan) kementerian mereka yang dikeluarkan pada 16 September.
Antara lain, MTI akan menyegarkan pelan tindakan ekonomi Singapura dan memastikan ekonomi kukuh dan berdaya tahan dalam dunia yang berubah sebagai sebahagian daripada usaha mewujudkan pekerjaan yang baik untuk rakyat Singapura.
MAS juga akan bekerjasama dengan rakan kongsi untuk memastikan kedudukan Singapura sebagai pusat kewangan global yang terkemuka dan inovatif.
MOM akan mempergiat usaha membantu warga Singapura memperdalam kemahiran dan kepakaran mereka, membantu mereka melakar laluan kerjaya, dan menghubungkan mereka kepada peluang.
NRF pula akan terus membina kepakaran penyelidikan yang kukuh dan ekosistem Penyelidikan, Inovasi dan Perusahaan (RIE) yang dinamik untuk memajukan daya saing Singapura, dan memacu impak masyarakat dan ekonomi untuk Singapura dan dunia.

