Premium
Mercy Relief beri sokongan bina 20 bilik darjah
Apr 25, 2017 | 5:30 AM
LEBIH KUKUH: Mercy Relief menyokong pembinaan bilik darjah yang lebih berdaya tahan terhadap gempa bumi di Nepal. Bilik-bilik darjah ini juga boleh digunakan sebagai pusat pemindahan masyarakat untuk melindungi penduduk lain jika berlaku bencana. - Foto MERCY RELIEF -
BADAN bantuan kemanusiaan Singapura Mercy Relief kini sedang menyokong pembangunan 20 bilik darjah yang lebih berdaya tahan jika dilanda gempa bumi di tiga sekolah di Nepal.
Selain memberi manfaat kepada sekitar 400 pelajar dan kakitangan sekolah, bilik-bilik darjah di Sekolah Shree Sundara Devi, Sekolah Chayandanda dan Sekolah Fulpingkot itu juga boleh digunakan sebagai pusat pemindahan masyarakat untuk melindungi penduduk lain jika berlaku bencana.

