Premium
Mercy Relief kumpul dana bantu mangsa banjir dan ribut
Nov 14, 2020 | 5:30 AM
SALURKAN BANTUAN: Ketua Mercy Relief, Encik Suhaimi Rafdi, berkata pihaknya akan menyokong mangsa banjir Asia Tenggara dan memberi bantuan kecemasan kepada warga di Vietnam dan Filipina. - Foto fail -
MERCY Relief, sebuah pertubuhan kemanusiaan, sedang mengumpulkan dana bagi membantu mereka yang terjejas dengan bencana alam ribut taufan dan banjir di Vietnam dan Filipina.
Badan bukan pemerintah (NGO) itu akan mengagihkan habuan seperti makanan, air bersih, peralatan kebersihan serta selimut untuk mereka yang terjejas.

